1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Friday, March 19, 2010

Memilih Calon Isteri Pandai Memasak... Suami ?

Imej dari : Google

Jom! kita renung²kan dan selamat beramal :)
saya suka dgn note ni, adakah anda terfikir begini ?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Friday, March 12, 2010

Mencari Sinar Kehidupan Untuk Hari Esoknya...

Di zaman era kecanggihan serba moden sekarang ini, adakah kita sedar @ terfikir apa akan jadi 3tahun lagi dengan teknologi dibumi ini ? sikit je 3tahun je saya mahu kita berfikir sejenak. Agak² apa pula akan terjadi dengan kecanggihan teknologi ? H/P pun 3tahun lepas hitam putih sekarang dah siap dgn 3g malah lebih dari itu. Betul tak ? Tapi bukan teknologi @ hebatnya pembanggunan nak saya sampaikan disini. Jom! Kita layannnn… tapi fikir² pi lah skali citer diatas nih…

Tahun 2010, rasanya dah tak mencukupi RM1000 @ lebih GANAZZZ lagi, dah tak boleh cakap ranggi bila gaji banyak ni. Tambah pula nak sembang bab berumahtangga, uih! Bila RM1000 gaji mau difikir 1000 kali, baru menikah. Jangan dok buat main dengan duit la nih. Ye la, mau tak fikir 1000 kali. Jom kita senaraikan remeh temeh punya bajet bulanan si bujang.

1. Bagi kat ibu bapa (wajib ) paling koman RM100 @ RM50
2. Minyak moto @ kereta pi keja dll RM 150 ( tak mau tulis banyak)
3. Dah pakai moto @ kereta mesti hutang punya, bayar bulan mau tak mau RM 300,400.
4. Duit makan minum mesti kena ada, kita kira sehari RM 10 dah la..

Ha! Kira tengok yang ni saja. Ni kira bujang trantangtang punya bajet nih, dah RM700 lebih, tu pun senarai 4 saja yang WAJIB. Kalau kita kira pi kira mai yang wajib campur yang sunat campur sakit demam, campur nu campur nih ha! RM 2000 pun silap² tak cukup. Kalau beranak pinak pula ha! Lagi haru ?

Mesti ada yang akan kata berjimat cermat serta beli pe yang perlu udah le... Ya!memang betul leh Berjimat cermat & tapi ingat Negara makin maju, sekarang bajet bujang je RM1000 pun dah rasa berat je beban dipikul...

Habis macammana kalau kita mahu hidup dalam tenang dan senang ?

Oh! ya x ya juga noh, emmm haaa! Mestilah kena pandai mencari tapak untuk berjaya. Jangan mengharap mak bapak sahaja. hehehe! Bagi pendapat saya, Mencari tapak dalam kehidupan biarlah bermula dari SPM.
Kenapa ?
Keputusan SPM menentukan kita boleh pergi sambung belajar @ tidak. Disinilah bermulanya tapak dalam kehidupan. Lepas SPM, kita menentukan kerjaya dan minat dalam bidang apa... Jangan sia²kan masa yang ada, fikirkan bidang apa yang boleh menjamin kita untuk hari esoknya... InsyaAllah dengan USAHA pasti ada kejayaan...

Jika keputusan teruk, dimana kita nak tuju ? Mampukan bersaing dihari kemudian kelak ? Bagaimana nak maju dalam kehidupan yang semakin canggih ni ? Takkan nak mengharap pada gaji operator ?.

Rezeki dari Allah tapi ingat kita kena usaha. Jangan kita buat alasan tewas SPM tewas segalannya. Walaupun gagal SPM hari esok tetap kena teruskan juga dan ingat rezeki dari Allah, tak semestinya gagal SPM pintu rezeki terus tertutup... Setiap orang ada kelebihan dan kebolehan yang tersendiri. Gagal SPM tak bererti gagal untuk terus hidup, renung diri lihat kebolehan diri. Jika ada bakat dalam bidang kemahiran, kembangkan bakat itu... Rezeki bukan hanya pada yang berpelajaran tinggi. Tapi ingat tanpa ilmu susah untuk kita berjaya, ilmu pula bukan saya maksudkan pada lulus SPM dan dapat sambung belajar tinggi, sebaliknya kemahiran pun memerlukan ilmu... Carilah ilmu untuk kembangkan bakat dan jangan lupa ilmu agama... Moga kita maju dalam hidup dengan iman dan aman...

Belajarlah bagaimana untuk hidup dan usahalah sungguh² bermula dari bangku sekolah & pada mereka yang dah dalam Universiti jangan sia²kan masa anda disana… Masa tak pernah tunggu kita dan peluang hanya sekali..Jika masa berlalu, peluang pun ikut sekali...Jika peluang itu hadir buat kali kedua, mesti tak sama dengan yang pertama...JANGANLAH SIA²KAN ia...

p/s: Biarlah susah disaat usia muda ini, jangan susah disaat usia tua. Kenapa? Ilmu dan masa di usia muda terlalu mudah untuk kita miliki kerana akal yang mudah terima pelajaran dan masa untuk fikir keluarga anak bini dan kerja belum ada. Janganlah sia²kan masa muda . Usahalah CARI TAPAK PADA USIA BELASAN TAHUN (dibangku sekolah) untuk berjaya…

Sekadar pendapat yang ringkas...

Tuesday, February 23, 2010

Tunduk Bak Padi... | Renung²kan |

Barangsiapa diberi Allah seorang isteri yang solehah, sesungguhnya telah ditolong separuh agamanya. Dan hendaklah bertaqwa kepada Allah separuh lainnya (HR. Baihaqi)

Wallpaper Sinarmawaddah

Cuba lihat ditengah gambar "langit" Adakah kalimah Allah ? "
Semasa saya ambil gambar ni, saya tak perasan dan tak pandang kelangit...

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; "Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka." - Riwayat Abu Daud & Al-nasa'i

Saturday, February 20, 2010

Rokok Melemahkan Dan Memudaratkan |Hukumnya ?|




PANDANGAN DR YUSUF QARDAWI TENTANG ROKOK

Fatwa bahawa merokok haram telah dikeluarkan oleh ramai ulama tempatan & Antarabangsa spt Mufti Mesir iaitu Dr. Nasr Farred Wassil.
Di Malaysia, pada 23 Mac 1995, Majlis Fatwa Kebangsaan (muzakarah ke 37) telah memutuskan bahawa hukum haram bagi perbuatan merokok. Akan tetapi, hanya 2 negeri sahaja (Kedah & Selangor)yang mewartakan.
Menurut Dr. Yusuf Qardawi :

Yusuf Qardawi dalam Fatawa Muasirat berkata, “Dari penjelasan yang diberikan, saya berpendapat, pandangan yang menghalalkan merokok tidak dapat diterima sama sekali malah pendapat sebegitu boleh dianggap salah. Justeru, kita hanya mempunyai dua pilihan hukum iaitu makruh ataupun haram. Berdasarkan kajian terkini, penetapan hukum haram adalah lebih tepat di sudut alasan dan hujahnya.”
Oleh itu, kita perlu berusaha untuk membuang tabiat buruk ini atas beberapa sebab :
1. Rokok Adalah ‘Khabaith.’
2. Rokok Melemahkan Dan Memudaratkan.
3. Rokok Memudaratkan Orang Lain.
4. Rokok Menyebabkan Pembaziran.
5. Rokok Menguntungkan Musuh.
6. Rokok Mengandungi Dadah Berbahaya.

Disusun oleh,
Ibn Hashim al-Kelantani
Sumber : MasjidSukma



Hukum Merokok
( jawapan ini telah disiarkan di Majalah-i, terbitan karangkraf)
Zaharuddin Abd Rahman

Soalan

Apakah pandangan ust tentang merokok dan hukumnya menurut pandangan Islam, saya ada mendengar ada ust-ust yang mengatakan terdapatnya ulama silam yang hanya menghukumnya sebagai makruh dan tidak haram, adakah ia benar?- Klang-

Jawapan :

Sebelum saya memasuki jawapan, suka saya mengingatkan bahawa pemerintah kerajaan Islam silam, Sultan Murad ke-4 (memerintah 1623-1640 m) sangat kuat memusuhi rokok, sehinggakan beliau pernah melaksanakan undang-undang bunuh bagi penjual-penjual rokok dan perokok aktif di dalam Negara.

Adapun dari sudut hukumnya ; sebagai asasnya, para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukumannya berdasarkan berbezanya tanggapan masing-masing terhadap keburukan (mudarat) yang terhasil dari rokok. Hakikatnya, dalam hal ini, sebarang fatwa mestilah dirujuk kepada "ahl az-zikr" dalam halnya, "ahli az-zikr" dalam hal rokok adalah doktor perubatan (selain ulama) yang mampu mengenalpasti impak buruk dari rokok kepada tubuh dan kehidupan. Maka sebarang fatwa ulama yang tidak dibuat berlandaskan maklumat lengkap dari para doctor perubatan atau pakar kimia adalah kurang tepat dan tidak sepatutnya dijadikan pegangan.

Secara ringkasnya ulama terbahagi kepada 2 kumpulan dalam hukum rokok. Ia seperti berikut :-

1) Haram : Ulama kontemporari yang mengatakan demikain adalah Dar Al-Ifta Mesir, Lajnah Fatwa Saudi, Lajnah Fatwa Azhar, Seluruh ahli persidangan Mencegah rokok ( persidangan di Madinah pada 2-5 Mac 1982) , Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Sayyed Sabiq, Syeikh Ahmad Syurbasi, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Atiyyar Saqar. ( Akhbar al-Jumhuriyyah, 22 Mac 1979 ; Fatawa Muasiroh, 1/667; Al-Fatawa li Muhd Syaltut, Yasalunaka oleh Syurbasi dan Fiqh As-Sunnah

Ulama silam yang mengatakan haram pula adalah Syeikh muhd alauddin haskafi al-hanafi, syeikh sulaiman al-Bujairimi as-Syafie, Syeikh Mustafa ar-Rihbani, Syeikh Ibrahim al-Laqqani al-Maliki dan ramai lagi. (Al-hukm as-Syar'ir fi at-Tadhin, Kumpulan Ulama, Kementerian Kesihatan Sedunia, 1988, hlm 25-26)

Kumpulan ini semakin kuat mengharamkan apabila terdapat maklumat yang menyebut terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka ia adalah seperti darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur kotor dan racun ( seperti nikotin, tar, alcohol methnol, karbon monoksida, ammonia dan lain-lain ) yang terkandung di dalamnya. ( Abu Ubaidah al-Mashur, At-ta'liqat al-hisan dzayl tahqiq al-Burhan, hlm 28 ; Dr Abd Sabur as-Shahin, As-Sajayir Halalun am Haramun,hlm 34-35 )

Pada tahun 1962, Fakulti Perubatan Diraja Britain mengesahkan kesan buruk rokok terhadap kesihatan, pada tahun 1964 Fakulti Kedoktoran Amerika mengeluarkan satu kajian setebal 387 halaman dan diterbitkan kandungannya di akhbar yang menyebut "Merokok memudaratkan kesihatan secara pasti, ia juga menyebut "rokok menjadi penyebab pelbagai penyakit membunuh " ( Rujuk Mahmud Nazim, At-Tibbun An-Nabawi Wal ‘Ilmi al-Jadid, 1/346 )

Maka dengan kenyataan-kenyataan ini Allah SWT menyuruh kita agar merujuk kepada ahli dalam sesuatu ilmu sebagaimana erti firman Allah SWT " Maka hendaklah kamu bertanya kepada yang berpengalaman" ( Al-Furqaan : 59 ) ; Justeru, pandangan pakar perubatan dalam hal ini tidak boleh diketepikan oleh para ulama dalam membuat sebarang fatwa.

Selain keburukan dari sudut kesihatan, ia juga boleh memudaratkan hubungan kemasyarakatan dengan sebab baunya yang kuat dan busuk. Hal ini tidak dibenarkan oleh Islam berdasarkan sabda Nabi SAW ertinya : " Tiada boleh memberi mudarat dan membalas mudarat" ( Riwayat Malik, 1/122; Ad-Dar Qutni, 4/228; Al-Hakim 2/66 ; Sohih kata Hakim, dan di atas syarat Muslim kata az-zahabi, Albani : Ia punyai banyak jalan yang menguatkan satu sama lain sehingga naik ke darjat Sohih)

Hadith lain pula menyebut : " Sesiapa yang memakan dari pokok ini , berkata bawang merah, bawang putih maka janganlah mendekati masjid-masjid kami, sesungguhnya (bau yang busuk) itu menyakiti Malaikat sebagaimana ia menyakiti manusia" ( Riwayat Al-Bukhari, KItab al-Azan, no 807 ; Muslim, Kitab Masajid wa Mawadi' as-Solat, no 876 )

2) Kumpulan yang Memfatwakan Harus atau Melihat secara tafsil (terperinci)

Ulama yang dipihak ini adalah Syeikh Abd Ghani an-Nablusi, Syeikh Muhd Amin Ibn ‘Abidin, Syeikh Hasanain Makhluf (berpendapat hukumnya secara terperinci menurut keadaan ), Syeikh Hasan Makmun.

Antara dalil mereka adalah asal segala sesuatu yang tidak mudarat adalah halal dan beberapa dalil yang lain. Bagaimanapun, kesimpulan dalil mereka adalah lemah kerana ia bersandarkan pandagan mereka tanpa maklumat berkenaan keburukan dari sudut perubatan pada zaman itu. Hasilnya mereka memberikan fatwa hanya berdasarkan bau asap rokok yang busuk dan menggangu, justeru, sudah tentu bau yang busuk sahaja tidak mampu menyebabkannya menjadi haram. Jelaslah pandangan mereka tidak mengambil kira maklumat baru perubatan.

Justeru, pada hemat dan kajian saya, hukum yang lebih tepat adalah Haram merokok kerana mudarat yang pelbagai dari sudut kesihatan tubuh sendiri, orang lain, dan baunya yang mengganggu orang lain. Malah kaedah Islam menyebut : "Ad-Darar Yudfa' Bi Qadaril Imkan" ; ertinya : "Kemudaratan hendaklah ditolak sedaya upaya dan kemampuan" (Al-Madkhal Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/992)

Cuma Syeikh Al-Qaradawi di dalam Fatawanya (Fatawa muasiroh, 1/667) menjelaskan hukumnya berkata ( dengan pindaan ) :-

a- Sekiranya seorang perokok cuba sedaya upaya memberhentikan tabiat rokoknya, bagaimanapun ia gagal, maka ia patut terus mencuba dan diberikan uzur setakat yang ia gagal. Perlulah ia menghalang dari menyebarkan tabiatnya kepada orang lain.

b- Walaupun ianya haram, tapi tidaklah haramnya besar seperti zina, mencuri dan lain-lain dosa besar. Setiap perkara haram ada tahapnya di sisi Shariah, ada yang dikira dosa besar dan ada yang kecil. Dosa hasil rokok bolehlah di katakan termasuk dalam dosa kecil. Bagaimanapun perlu diingat, Ibn Abbas r.a menegaskan bahawa dosa kecil pasti menjadi besar apabila berterusan atau kesannya benar-benar memudaratkan. Kesimpulan Al-Qaradawi, rokok adalah haram secara pasti bagi yang belum merokok, dan makruh bagi seisap yang telah terjebak sehingga sukar untuk keluar darinya. Apa yang pasti, segala jenis usaha bagi memberhentikan aktiviti buruk ini mesti dicari segera. Wallahu a'lam.

Zaharuddin Abd Rahman

22 Januari 2007

Last update: 17-08-2007 17:20

Wednesday, February 17, 2010

Mohawk hairstyle | Ganazzz Gilerr | Hukumnya ?

Apakah hukum membuat gaya rambut yang tercacak " Mohawk" ?

Orang Islam dilarang meniru atau mengikut fesyen pakaian orang bukan Islam khususnya membuat gaya rambut yang tercacak yang tidak mendatangkan faedah dan merosakkan imej dan akhlak Islam...



Klik sini: Hukum Mewarna Rambut

1. Apakah hukum meluruskan rambut "Rebonding" bagi lelaki ?

*Haram meluruskan rambut atas kaum lelaki semata2 untuk bergaya kerana termasuk mengubah ciptaan Allah tanpa uzur syar'ie. (RUJUKKAN)

2. Apakah hukum meluruskan rambut bagi perempuan dgn alasan rambut kerinting terlalu kusut dan terlalu banyak yg tercabut/luruh bila di sikat. Bila di luruskan tiada lagi masalah tersebut.

*Tidak ada sebarang nas yang jelas pada mengharamkan perbuatan meluruskan rambut. Ulamak2 yang melarangnya berdalil dengan hadith yang umum yaitu Nabi saw melarang mengubah suatu ciptaan Allah swt.

Kerana itulah ada setengah ulamak yang tidak mengharamkannya.

Ada pun meluruskan rambut dengan sebab kusut maka tidaklah menjadi kesalahan kerana ia termasuk dalam perkara menolak kesukaran.(RUJUKKAN)

Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah. (RUJUKKAN)

Lampiran disini bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa, Gambar² didalam blog ini hanya untuk menggambarkan isi lampiran.

Saturday, February 06, 2010

Peringatan Perhiasan Diri | Wanita |


1 . Bulu kening

Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) " Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2 . Kaki ( tumit kaki )

" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "An-Nur : 31

a ) menampakkan kaki

b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3 . Wangian

" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina " Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4 . Dada

" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka " An-Nur :31

5 . Gigi

" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " Riwayat At-Thabrani

" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,yang merubah ciptaan Allah " Riwayat Bukhari dan Muslim

6 . Muka dan leher

" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "

a ) bersolek ( make-up )

b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

7 . Muka dan Tangan

" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah :
Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja " Riwayat Muslim dan Bukhari

8 . Tangan

" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya "
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9 . Mata

" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
pemandangannya " An Nur : 31
Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan
yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan " Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

10 . Mulut ( suara )

" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " Al Ahzab : 32

" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi " Riwayat Ibn Majah

11 . Kemaluan

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) " An Nur : 31

" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya " Riwayat Al Bazzar

" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah " Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

12 . Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti " Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya " Riwayat Bukhari dan Muslim

a ) Berpakaian tipis / jarang

b ) Berpakaian ketat / membentuk

c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang " Al Ahzab : 59

13 . Rambut

" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya " Riwayat Bukhari dan Muslim

Kembali ke Halaman Utama