1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Saturday, November 06, 2010

Kenapa pengantin risau untuk BERKAHWIN ???

Khas Untuk Orang Bujang Dan Yang Merancang Untuk Kahwin.
Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang Kos Kahwin ?

Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV.

Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooi …

Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.

Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.

(Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)

Kos # 1 - Maskahwin

Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.

Kos # 2 - Duit Hantaran

Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.

Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik perempuan sebelum ini. Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri. Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.


Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.

Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.
Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000
.

Kos # 4 - Barang hantaran lain

Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.
Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.
Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.
Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.


Kos # 5 - Baju nikah

Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri. Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.
RM 200 - RM 600.

Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin

Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 - RM 2,500.


Kos # 7 - Mekap

Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 - RM 500.


Kos # 8 - Set Pelamin

Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 500 - RM 1000.


Kos # 9 - Jurugambar

Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?
RM 1000 - RM 3000


Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi

Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150.


Kos # 11 Kad Jemputan

Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.
Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?
Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.
RM 500 - RM 3,000

Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah
RM 17,550

Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.


Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.

Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 - RM 10,000


Kos # 13 Duit makan kenduri

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran. Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.

Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000 - RM 20,000

Kos # 14 Bilik pengantin

Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.

Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka?
RM 1,500 - RM 5,000.


Kos # 15 Doorgift

Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.

Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.
RM 1000 - RM 3000.


Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi

Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.

Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda. Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.


Kos # 17 Contigency

Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.
Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.
Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin
RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga
RM 15,500
Dan, kos untuk kecemasan
RM 3,000
Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar
RM 36,050





Haaa!!

Umak Aih!

Psst. Tutup mulut tu abang long.

Amacam ?

Berani beli kereta baru ?
Berani simpan 10% je dari pendapatan bulanan ?
Berani tak mahu buat business part time ?
Berani tak mahu belajar investment ?

Walaupun boleh kongsi dengan pasangan, paling kurang pun kena ada duit untuk tanggung separuh kos dan dalam pengiraan ini adalah sebanyak

RM 18,000

Ini belum campur kos-kos renovation rumah yang dibuat bagi sesetengah keluarga. Juga belum campur kos memanjakan diri ke spa-spa dan juga berbulan madu.

Kalau nak berhutang kahwin sampai anak sulung berumur 7 tahun baru selesai bayar dekat bank, terus-teruskan lah dengan gaya hidup anda yang tidak mahu menyimpan dan suka menambah liabiliti tu.


Sekadar Berkongsi sahaja disini... "Sumber rakan fb"

Tuesday, November 02, 2010

Jangan Mencari Terlalu Sempurna | Percintaan VS Persahabatan |

Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang. Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILAH dengan apa yang kita ada. Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi.

Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan. Tanpa persahabatan, PERCINTAAN akan berakhir tetapi tanpa percintaan, PERSAHABATAN boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..

SELALUNYA kita tidak menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita. Oleh itu hargailah dengan sepenuh hati..

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~

Monday, November 01, 2010

JANGAN TAKUT KAHWIN AWAL | Indahnya Hidup Bersyariat |

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, dah bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)
Sumber : iLuvislam

Tuesday, October 26, 2010

Berkapel & Disiplin Dalam Bertunang

Soalan


Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini

Jawapan

Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.

Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-


1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya :

Ertinya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).

Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ).

Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)

2) Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.

Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :

Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).

Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).

Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan :

Ertinya : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).

Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-


1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
2. Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
3. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
7. Awas daripada bertukar gambar.
8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

Ingatlah wahai anak-anak muda sekalian, sebarang perilaku 'ringan-ringan' dan dosa yag dikerjakan dalam hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana tingkah laku pasangan selepas berkahwin. Jika semasa berpacaran dia suka meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat). Malangnya bukan dengan isteri atau suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin. Baca lanjut di sini.

Sekian, Wallahu'alam.

Sumber: Ust Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
15 Disember 2006

Wednesday, October 20, 2010

| Aku impikan Keluarga Bahagia |


Pernah saya bertanya pada seorang sahabat, "hang hebat betul la ni, dah jadi seorang usahawan yang berjaya, apakah langkah usaha hang dalam menggapai impian ni ? "

Dia menjawab...
"uih! mestilah kena berlajar sungguh2 barulah boleh berjaya jd usahawan yang DISEGANI, nak cerita panjang tapi bila hang berilmu hang akan nampak semua nih".

Lepas tu saya menyelah dan bertanya lagi (soalan KAJIAN PERIBADI) " Kalau hang nak kawin dan impikan rumah tangga bahagia apa hang buat ?"

Dia menjawab
"erkkk! kalau nak kawin, aku pi kursus kawin je lah pastu kawin, cukup la kemewahan yang aku kecapi dengan ilmu aku belajar selama ni sehingga berjaya untuk menampung kebahgiaan rumah tangga aku".

saya hanya tersenyum dan sambil2 sembang bergurau dan berakhir dgn kesimpulan ini...

Selalunya apakah tujuan sebenar pi kursus kawin ? Bagi pandangan akulahkan, Rasanya orang p ambil kursus kahwin sebab nak kahwin dan nak ambil sijil sahaja bukan untuk ambil ilmu. Cukup ka ilmu dalam kursus kahwin tu untuk hidup berkeluarga ?

Kita masa kecik impikan kereta besar, rumah besar dan pekerjaan yg hebat2... Apakah usaha yang kita buat ? mestilah kita berusaha cari ilmu untuk capai impian tu kan ? Kalau tak berusaha bersungguh - sungguh mesti kita tak akan tercapai impian memiliki kerjaya dan kehidupan yang di impikan kan ?

Tapi sedar tak, dlm kita impikan kebahgiaan rumah tangga adakah kita mencari ilmu KEHIDUPAN untuk capai IMPIAN KELUARGA BAHAGIA ?
"JARANG ORANG CARIKAN ? kerana, Apabila menganjap ilmu di sekolah @ dikolej untuk membawa kejayaan kemewahan rumah tangga itu sudah cukup untuk menjamin kehidupan bahagia... sebenarnya seperti yang hang cakap tadi " nak cerita panjang tapi bila hang berilmu hang akan nampak semua nih". bermakna samalah dengan rumahtangga "KALAU KITA BERILMU TENTANGNYA, MAKA MUDAHLAH KITA MENGEMUDI RUMAH TANGGA DAN TERCIPTALAH KELUARGA BAHAGIA".

Sebenarnya isteri cantik bukan ukuran kebahgiaan, rumah besar pun bkn ketenangan, duit berjuta jua bkn kekayaan..itu hanya kebanggaan dan kemewahan...

KEBAHGIAAN BERMULA DARI ILMU IMAN, ILMU DIJADIKAN AMAL DAN AKAN MENEGAKKAN IMAN SERTA MEMUDAHKAN KITA PATUH PADA SYARIAT MAKA TERCIPTALAH KELUARGA BAHAGIA DENGAN TERZAHIRNYA KEBERKATAN DALAM RUMAH TANGGA...

Nak cari keberkatan MESTILAH CARI ILMU DAN ILMU ITU MESTILAH ILMU KEKUATAN IMAN...

JIKA TANPA ILMU IMAN, KITA TAK AKAN PEDULIKAN DIRI MENJADI DAYUS DAN TAK AKAN PEDULIKAN KEJAHILAN HADIR DALAM RUMAH TANGGA SEBALIKNYA KEJAHILAN ITU DIANGGAP SEBAGAI KEBAHGIAAN YANG AKAN MENYEBABKAN KEHANCURAN HARI ESOK...


P/S : SEBELUM KAHWIN CARILAH ILMU IMAN DULU...

wallahu'alam

Oleh: Azriey Sinar MawarLiana

Kemaskini dan Ulang kembali | 8/4/10 Tarikh Asal |

Kehidupan Suci Dalam Debu

Jom kita nyanyi lagu nih,


Zaman ini zaman duit, Takde duit diri tersempit, Tapi jangan jadi hamba duit, nanti musnah diri sendiriiii yeeeaaahhhhhhh! Sambung sendiri hehehe! Lagu Hattan - Duit…

Duit? Semua orang impikan duit untuk kebahagiaan kehidupankan ?. Tapi ramai yang lupa, dengan duit juga boleh menghancurkan kehidupan. Teringat saya pada keluhan seorang sahabat ni, dalam dia berbicara tentang keindahan rumah tangga orang tetiba dia mengeluh dengan nasib keluarganya. Bertanya saya kenapa cakap macam tu? Dia kata, anak dia tak mahu dengar cakap dia, tak mahu solat dan keras hati. Dia menjadi buntu dan tak tahu nak buat bagaimana dah. Sehinggakan pernah berniat nak pergi jumpa bomoh.

Saya bertanya lagi, “ Maaf nak bertanya peribadi sikit. Boleh saya tahu semasa abang membesarkan anak, bagaimana sumber rezeki abang beri pada anak ?” Dia berkata “ itulah salah abang, dulu abang seorang Driver Van. Bila Bos bagi duit minyak RM30 tapi abang guna RM20 untuk minyak dan RM10 lagi untuk keluarga. Rezeki abang beri tak sempurna pada anak ketika itu. Kalau adik tak bertanya, abang tak sedar kesilapan abang dalam bab ni. Sekarang abang dah insaf, anak masih degil..”. Susahkan bila dah jadi macam ni ? saya nak cakap takut orang kata saya memandai² jd saya ambil keputusan cakap tak pandai. Saya suruh dia berjumpa dengan ustaz dan bg beberapa ceramah mp3 yang sesuai pada dia. Tapi itulah akibatnya… Sama²lah renung bab ni.

Ada satu lagi cerita.. Jom layan..

Saya kenal seorang abang ni, Tiap² bulan dia mengeluh anak isteri selalu kena bawa pi hospital. Dia berasa hairan, makan minum anak dijaga dengan baik. Rumah bersih indah berseri tapi hati tak tenang walau sekali. Apabila direnung dikaji disoal siasat, rezeki yang diberi tak diberkhati. Dia main number ekor dan duit banyak dari sumber yang haram… Inilah kecelakaan HARAM, moga kita tak macam tu. Pernah juga dia berkata, anak nak hantar sekolah agama moga² nanti pandai urus diri dan keluarga. Bagusnya bila dengar, tapi apa niat dihati yang sebenar ? Nak berselingdung disebalik kesucian ke ? Suci dalam debu, perlukah ini diberi pada dia ? Kasihan si anak, dihantar ketempat yang baik dengan rezeki yg HARAM. Adakah anak “insan” yang tak berdosa "suci" itu mampu menjadi solleh dan solehah dibesarkan dalam "debu" ? Sama²lah renung dan cari jawapannya. Bertanyalah ustaz dan bergurulah memahami erti Halal dan Haram dalam kehidupan. Ilmu tak cukup dengan sekadar membaca @ hanya mampu mempersoalkan pada diri sahaja "tapi xmencari" kalau tak berguru (mencarinya).. Halal haram penting untuk kita mendalami dan mengetahuinya...

Sabda Nabi SAW: “Jadikanlah halal akan makanan engkau, nescaya dimustajabkan Doa engkau.”

Jika kita nak doa yang mustajab pastikan kita lakukan perkara yang halal seperti kerja yang halal, makan yang halal, pakaian yang halal dan semua yang halal. Sebut pasal kerja, ramai yang apabila gaji murah diendahkan kerjanya... Kerap saya dengar bila seseorang tu gaji murah akan berkata“ ala! gaji pun RM 500, buat kerja macam RM500 la. Buat pe lebih²”. Inilah kesilapan, bila gaji dianggap bos yang beri diendahkan kerja, padahal rezeki Allah yang beri. Kerja kenalah anggap satu ibadat dan lakukan dengan ikhlas walaupun gaji murah. Barulah ia berkat dan sempurna semua amal ibadat.

Contoh untuk kita lebih faham tentang banyaknya kecelakaan HARAM, saya gambarkan disini:

Kita beli sehelai baju dengan harga RM 30, tapi dalam RM30 ada RM 1 duit haram, nescaya tidak diterimanya ALLAH sembahyangnya selama ada atasnya kain itu iaitu tidak ditulis (dimakbulkan ALLAH) walaupun sembahyangnya itu sah. Ingatlah walau sekupang ( sepuluh sen) pun duit HARAM, Allah tidak menerima sembahyang...

Untuk lebih memahami JOM DOWNLOAD 2 ceramah ni :

Sumber dari:

Ustaz Shamsuri, Bab Jual Beli dan Kelebihannya. (Download).

Dengar sampai habis, banyak jawapan dr Ust. Shamsuri terjawab soalan diatas.

Ustaz Kazim, Apakah tanggungjawab seorang suami?(Download).

Fahamilah tanggungjawab seorang suami.

P/s: Jangan rasa hairan jika anak yang dibesarkan dengan kemewahan kesenangan dan dengan penuh kasih sayang itu tetap degil, seksi dan tak mahu duduk dirumah. Kerana apa jadi begini ? Kerana didikkan yang diberi dari sumber yang haram juga main peranan besar. Didik bukan hanya pada hantar pergi sekolah dan kasih sayang yang diberi sahaja tapi sesuap nasi yang HALAL diberi, juga adalah didikkan. Betul x?

lagi satu,

Hati² jika ingin menceburi sesuatu bidang perniagaan kerana banyak yang meragukan sekarang ini… DALAM APA2 PERKARA YANG KITA LAKUKAN BIARLAH DENGAN ILMU DULU...

Lebih baik berguru dan mendalami hukum halal haram dengan lebih DETAIL kerana disebabkan ramai yang tak menitik beratkannyalah keluarga binasa... Sayangilah keluarga dan masa depan generasi akan datang..
Kemaskini dan Ulang kembali | 4/29/10 Tarikh Asal |

Kembali ke Halaman Utama