Oh! Duniawi... Tempat persinggahan yang hanya sementara bagi makluk bernyawa...
Hadirnya penyakit Selesema Babi H1N1 ini dimata Dunia telah membuatkan aku rasakan Mati itu dekat sangat dengan diri dan kehidupan kita. Terlalu mudah dan tanpa diduga ia mampu menghancurkan sesiapa sahaja. Seperti iman ghazali berkata " ingatlah kita, bahawa yang dekat itu adalah MATI". Barulah aku merasa perlunya diri ini melalukan kesempurnaan hidup dengan sesempurna yang mampu. Barulah aku sedar dan sentiasa ingat bahawa mati itu tak menunggu kita. Barulah aku sedar, mati itu bukan pada orang yang sakit @ tua padahal pada orang yang bernyawa. Barulah aku sedar, segalanya berkemungkinan. Barulah aku sedar, kebersihan itu perlu untuk diri. Barulah aku sedar, pergaulan sosial konsert sana sini jangan dihampiri. Barulah aku sedar, masa bukan milik kita. Barulah aku sedar, kenapa Islam suruh kita dekatkan diri dengan AgamaNya. Barulah aku sedar, diri ini perlu mencari kehidupan yang sebenar, selagi nyawa dikandung badan. Barulah aku sedar, semuanya milik Allah yang Esa. Kesedaran ini membuatkan aku merasa lemah dan takut akan azab Allah. Terasa diri ini jauh dan seolah tak mampu mensucikan diri...
Ya! Allah, mampukah insan bernama mohd azri ini menjadi manusia yang solleh dan berbakti pada dunia mu ini... Berilah petunjuk pada kami, moga kami dapat menyempurnakan kehidupan kami... Ampunkanlah dosa kami, Berilah nur dalam kehidupan kami...
0 Komen disini:
Post a Comment