1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Tuesday, August 25, 2009

Macam Biasa | Ayat Lepak Kedai Kopi |


Assalammualaikum, Macam biasa, 1st ayat saya disini mesti bertanya, Macamner kehidupan & kasih sayang hari ini ? Ada ke marah sesiapa @ pukul haiwan ? Banyak² bersabarlah dalam apa pekara pun kerna sesuatu kesabaran yang kita lakukan itu selalunya membuahkan hasil yang positif dan membentuk diri lebih soleh @ solehah ( baik ).

Macam biasa, Pengalaman dan kehidupan harian, saya nak ceritakan disini. Tajuk kali ni pun bertajuk "Macam Biasa". Macam biasalah kita, bila dah kerap sangat order barang yang sama je tiap² kali pi beli barang mesti malas nak cakap berulang kali kat tokey kedaikan? Hari² order 10 barang yang sama, mesti last² skali cakap "macam biasa Tokey takkan lupa kot". Tapi kalau 10 orang pi dan beli barang banyak dan hari² juga dan akhirnya cakap macam biasa juga macamna dengan tokey kedai pulak? larat ke dia nak ingat? Mau luar biasa muka tokey. Ayat " Macam Biasa " ni paling tip top kat kaki lepak kedai kopi. Ok, ini semua iklan saya je bukan ni yang nak saya utarakan.

Saya nak tanya diri saya sendiri, adakah saya tiap kali sembahyang dan berdoa yang sama hari² berakhir dengan macam biasa? saya harap moga diri saya tak jadi macam tu walaupun doa saya panjang lebar dan moga doa saya ikhlas dihati kerana Allah SWT.

Kadang² diri kita tak perasan dengan kesilapan diri walaupun seremeh² pekara dan memerlukan pertolongan orang. Sama²lah kita berdoa moga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah dalam hidup kita. Moga jalan hidup kita diberi petunjuk kejalan yang diberkhati.

Ya! Allah Kami mohon kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berilah kami ( Ya Allah ) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar @ mengharap orang lain selain dari engkau sendiri Ya Allah... Amin..

0 Komen disini:

Kembali ke Halaman Utama