1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Thursday, February 24, 2011

Penjelasan Ustaz Zaharuddin Tentang AURAT

.
.
.


Nota dibawahadalah kata² Ustaz Zaharuddin dalam video diatas...

Ada orang bertanya kepada saya. “Kenapa Islam mewajibkan Tutup Aurat, memakai etika tertentu, mesti pakai tudung, pakai stoking, pakai pakaian tak boleh nipis, tak boleh nampak tubuh badan dan sebagainya”?
Mereka kata undang² ni undang² yang beku ‘jumud’ dan tak boleh pakai zaman sekarang ni.. Zaman sekarang ni bebas, orang nak pakai apa pun suka hati dia la..

Maka saya kata begini, nak jawab senang saja..
“Saya nak tanya kepada anda, kalau anda nak masuk ke dalam satu² hotel 5 bintang bolehkah anda pakai kain pelikat atau kain batik saja?”
Tentu lah tak boleh, silap² kena sepak dengan body guard dia nanti..

Jadi, kenapa anda tak marah undang² yang letak etika² kod tertentu untuk masuk hotel² 5 bintang tetapi kenapa anda marah Islam yang meletak etika kod pakaian untuk umat Islam?

Tuan² yang bekerja di menara telekom, bolehkah tuan² masuk menara telekom pakai selipar jepun? Bolehkah?, ataupun pakai tuala saja. Bolehkah?
Bolehkah kita kata suka hati aku la nak pakai tuala ka apa pun.. ini hak peribadi aku..
Arghhhh… jgn suruh aku pakai baju begitu, begini.. Ini semua undang² kuno…
Ha.. kenapa tak kata kat bos anda begitu?

Itu sedikit kata² UZAR di dalam video tersebut.. Jadi sama²lah kita dengar untuk mengetahui apa penjelasan UZAR tentang Aurat ini..


Mesti Dengar...

P/s: Kepada yang masih belum bersedia tu jangan tunggu sampai dah nak mati baru nak bersedia.. Masa tu nak buat apa lagi??? Dah tak sempat dah... Ingatlah bahawa kita semua akan MATI, cuma waktunya sahaja kita tidak tahu.. Ingatlah bahawa dunia ini hanya Sementara dan Akhirat itu kekal selamanya..



Fikir²kan & Renung²kan.. Selamat Beramal....
Blog Adik: Ash Sinar

Tuesday, February 22, 2011

Apakah itu CINTA ? | Adakah Sudah Terjawab PERSOALAN ini ? |

.
.
.
.



Persoalan yang bermain difikiran.
Apakah erti Cinta, cinta itu apa, apa itu cinta ?

"Cinta adalah 2 Hati menjadi 1. Dua orang Hati Satu" Itulah dinamakan CINTA..

Setiap manusia ada perasaan Cinta. Jadi Cinta adalah perasaan yang telah Allah kurniakan kepada setiap manusia. Kita tidak boleh halang seseorang jatuh Cinta, tapi kita cuma boleh bimbing Cinta itu ke arah kebaikan. Cinta itu mestilah bersih dan murni. Jangan cemari Cinta dengan perkara yang cemar dan dosa. Selalunya Cinta itu akan berakhir dengan perkahwinan. Tetapi cinta itu juga sebenarnya ialah tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan.

Contohnya:

"Tipah Abang sayang kamu, Abang cinta pada kamu, tapi Tipah Abang nak bagitau pada kamu, Mak Abang tak suka pada kamu"

"Sebab apa Abang"

"Entahlah Tipah, mungkin kamu tak reti masak Tom Yam" sebab itu Mak Abang tak suka pada kamu.. Mak Abang berkeras tak bagi kita kahwin, Abang dah usaha berbagai cara tapi Mak Abang tetap tak bagi kita kahwin..

"Abang takut kalau kita kahwin nanti Tipah kena siksa dengan Mak, Tipah kena pulau dengan Mak, hidup Tipah akan sengsara kalau Abang kahwin dengan Tipah. Oleh sebab Abang CINTA pada Tipah Abang tak mau Tipah hidup susah dan menderita, jadi tak jadilah kita kahwin Tipah."

Haa.. Itulah dinamakan CINTA..

"Kenapa kamu tak kahwin dengan Tipah Man?"

"Aku tak kahwin dengan dia sebab aku Cintakan dia..

"Hai.. Kalau Cinta kena la kahwin"

"Tak..! aku takut kalau aku kahwin dengan dia Mak aku seterika dia, mak aku belasah dia.. Dia akan menderita jika dia kahwin dengan aku."

Aku tak mau kahwin sebab itulah..

Adakah kamu nak tengok isteri yang kamu sayang diperlakukan sedemikian? Jadi, kalau kamu cinta kepada dia bukan setakat kamu bagi senang kepada dia, malah mak bapak kamu pun bagi senang kepada dia. Tapi kalau kamu sorang bagi senang kepada dia, mak bapak kamu tak boleh terima dia, dan mereka akan menyiksa jiwa raga dia nanti. Jadi, kalau mcam tu tak payah la kahwin.

Itulah dinamakan CINTA.

p/s: CINTA TAK SEMESTINYA BERAKHIR DI GENGGAMAN TANGAN TOK KADI...

Kenapa Perlunya Pemimpin Islam ?

Kerana:

*"DIRUMAH ANAK2 DISURUH SOLAT, TP DILUAR "Media, paper dll" SURUH BUAT BENDA2 LAGHA |boleh merosakkan akidah|".

*"BILA BLAJAR ILMU ALAM DAN SAINS, ILMUNYA TAK ADA CAKAP IA MILIK ALLAH YANG PUNYA, MAKA KITA AKAN BANGGA DIRI DAN RASA HEBAT".

Nauzubillahi min zalik

Jom! dengar kata2 Bom Lokman dalam klip video TVPAS
Sebarkan kerana msjnya sungguh berkesan.

P/s: Kalau kita nak keluarga bahagia aman damai, pilihlah PEMIMPIN yang boleh bawa HALAL dalam kehidupan...

Sos kicap kita cari cop HALAL dalam makanan harian kita, itu pun bukan makan hari2 sos kicap. kita boleh pelihara betul2 makan minum kita Alhamdulillah tapi KENAPA PEMIMPIN SUSAH KITA NAK PILIH YANG BAWA HALAL DALAM KEHIDUPAN "islam dan patuh pada hukum" ? KERANA IA PERLU DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA UNTUK AMAN BAHAGIA !!! |kata2 dari kuliah Ustaz Kazim |


Pemimpin tak bererti PEMIMPIN NEGARA sahaja dilihat sebagai PEMIMPIN tapi rumah tangga tempat kerja DLL pun ada pemimpin... Usahalah PILIHLAH YANG TERBAIK UNTUK KEBAIKKAN KEHIDUPAN...

PEMIMPIN YANG BAIK ADALAH ISLAM DAN PATUH PADA HUKUM
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim. At Taubah:23

Renungan:
Ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut nafsu lesu
buat dan ikut apa yang Allah redha, bukan apa yang kita @ manusia suka

KALAU nak anak dgr cakap,
anak penyayang,
anak yg pandai,
soleh solehah
dan kebaikkan yg lain
termasuklah rumah yg bahagia
HENDAKLAH LAKUKAN PERKARA HALAL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN...

Contoh: BAJU dan tutup aurat HALAL tapi bila BAJU SINGKAT dan dedah aurat ? HARAM... DUIT halal, tapi kalau buat kerja MENGULAR @ TIPU "waktu bertugas, tidor dll" sumber pendapatan pun TAK ADA BARAKAH "HARAM". NASI itu HALAL tapi kalau mencuri HARAM dimakan... HALALKAN SETIAP PERKARA YANG DILAKUKAN... insyaAllah...

Baca KEHIDUPAN SUCI DALAM DEBU...

Wallahualam....

Tuesday, February 15, 2011

‎|Aku Bukan Penyair Cinta|

Sebelum saya zahirkan cerita AKU BUKAN PENYAIR CINTA, saya nak habaq mai nih emmm! AKU BUKAN PENYAIR CINTA bukan dimaksudkan dengan diri Azriey dan jangan anggap saya ni menghalusi realiti. Ramai berkata, saya terlalu halusi dalam berbahasa "terkecik jugalah hati nih", Sebenarnya saya cakap apa yang benar dan dari sumber - sumber rujukkan yang saya yakin.

Kehidupan, bila dikejarnya keseronokan maka lekalah kita untuk mencari keberkatan "ilmu Agama".( jika kita faham ilmu agama, kita tak mudah melatah pada kata2 TEGURAN yang baik untuk diri... insyaAllah ).
Jom! Sama - sama kita mencari dan memberi ilmu "semoga ia menjadi iman dan amal".

Teringat saya dengan kata - kata Ustaz, “Dunia akhir zaman jika kita menegur kesilapan @ selalu memberi nasihat pada orang dan bercerita TENTANG kebenaran mesti ada yang membangkang dan sahabat2 tak mahu mendekati… (tak mahu berkawan)”. Biarlah orang nak kata pe pun, asal apa yang saya ada "ilmu" saya tak KEDEKUT "berkongsi" di blogger di facebook di youtube MILIK SAYA dan dimana²… InsyaAllah...

Ok jom layan “AKU BUKAN PENYAIR CINTA”

Cinta engkaulah mawar engkaulah penawar, Harum dan indah, mampu melupakan pecinta pada kesakitan, tumpuan hanyut dibuai cinta, lupa sebenarnya diri dalam derita. Sanggup lakukan apa saja demi cinta, merendah diri memuja cinta. Merasa diri tak segagah Indra Putra, penuh sakti, kacak serta berani, tak sehebat hang jebat tak sesetia hang Tuah . Tapi aku tetap aku. Merintih meminta agar "Dengarlah bisikkan ku, rindu ku rindumu bersatu, Datanglah datang kasih, Bersama alam indah ini, dengan kalimah cinta, Cinta alam hidup kita. Hanyalah cinta saja yang dapat menjalinkan kita, Walau dimana jua..."

Perh! Bertuah nak mengaku jiwang bila berhadapan dengan kawan² seperjuangan. Berpakaian brutal macammana pun bila main dengan cinta ni mesti bersyair bermadah dan yang paling kecewi sekali menangis kejar cinta tak dapat. Hahaha! Tapi itulah realiti pukulan cinta.Dari yang tak pernah² jiwang dan tak pernah² bersyair bila ada awek, nak jaga hati @ nak memikat punya pasai, mesti pandai karang ayat jiwang. Sekali baca mesti cair ayat dikarang. Yang paling dasyat, buat lagu terus hahaha!

Tapi yang sebenar²nya ni, tahu ke apa itu cinta sebenar? Cinta betul ke perlu berakhir dengan perkahwinan? Macammana pengorbanan cinta tu ? Betul ke diri tu sudah layak untuk bercinta ? Eh! Banyak persoalan lagilah perlu dijawab sebelum realitikan cinta. Jangan biarkan cinta jadi dendam seusia dunia.

Saya jawab soalan diatas dari pengalaman mencari erti kehidupan. Fakta dan sumber banyak dari kuliah2, sumber2 rujukkan dan motivasi. Pernah saya dengar satu kajian tentang kematangan manusia. Kajian itu mengukur, manusia akan fikir erti kehidupan apabila bermulanya umur 22 @ 23 tahun keatas. Tapi itu belum bererti DIRI sudah layak untuk mendirikan rumahtangga. Jika kesedaran itu lahir pada usia itu, diri masih kosong tanpa kerjaya @ ilmu yang stabil, hati²lah jika mahu membina mahligai BERUMAHTANGGA itu, kerana untuk menjadi seorang pemimpin rumah tangga perlulah melengkapkan diri dengan ilmu "CINTA BERMULA DENGAN IMAN" demi kesempurnaan rumahtangga kelak sebab jika dah berumah tangga, maka masa disaat itu mungkin terlalu padat jauh berbeza dengan diri semasa membujang dulu. Oleh itu marilah sama - sama kita "tak kira lelaki mahupun perempuan" gunakan masa bujang ini mencari ilmu untuk hari esok.

Demi masa kita selalu kerugian, gunakan sebaik mungkin. Carilah jawapan kekurangan diri dulu sebelum mendirikan rumahtangga. Moga kehidupan rumah tangga nanti tak goyang dan bersinar penuh dengan kasih sayang.Aminn...

Apakah itu cinta ?
Cinta adalah dua hati menjadi satu tapi cinta itu mestilah bersih dan murni. Janganlah mencemarkan cinta itu dengan perbuatan keji dan dosa. Cinta mestilah berakhir dengan perkahwinan yang ada kebaikkan didalamnya.

Cinta betul ke perlu berakhir dengan perkahwinan dan bagaimana pengorbanan ?
Cinta tak semestinya perlu berakhir dengan perkahwinan sekiranya tak ada kebaikkan didalamnya kerana perpisahan bukan bererti diri tidak menyintai si pecinta tapi itulah pengorbanan dan tanda kasih. Jika dilangsungkan @ berakhir juga dengan perkahwinan mungkin diri si pecinta akan menderita. Dengan sebab itu lebih baik buktikan kasih sayang itu sejati dengan lepaskan dia... Bukankah itu tanda kita sayang dan amat menyintai pecinta, melepaskan dia mencari kehidupan yang lebih baik. Setiap halangan mungkin ada hikmahnya, tambah pula halangan ibu bapa. Lebih baik ikut cakap ibubapa kerana walau busuk @ buruk manapun ibubapa sampai kemati mereka tetap ibu dan bapa kita tapi jika pecinta tidak kemana kerana ia boleh dicerai. Ibubapa buatlah macammana pun ia tetap ibu dan bapa kita.

P/S: Manusia boleh berubah bila² masa sahaja tapi ada benda orang tak boleh ubah sampai bila² iaitu status anak dara & teruna. Jagalah ia untuk hari bahagia…

Cinta tak boleh dipaksa untuk dicintai dan dikahwini ( cth: melakukan kejahilan "berzina" kononnya ikat ikatan kasih (ini juga memaksa cinta). Agama dah mengajar kita ERTI KEHIDUPAN.JOM! KITA PAKAT2 CARI JAWAPANNYA. Tinggal yang haram, Allah akan diganti dengan yg halal.

Sekarang macammana mengaku ke diri tu penyair cinta @ AKU BUKAN PENYAIR CINTA ???

CINTA MESTILAH BERMULA DENGAN IMAN...

Apa yang kurang adalah dari kesilapan saya dan yang baik DARI ALLAH S.W.T...

Kemaskini dan Ulang kembali |2/26/10 Tarikh Asal |

Monday, February 14, 2011

Haram Sambut VALENTINE DAY | Hari Kekasih |




Haram Sambut Hari Kekasih kerana KESANNYA akan membawa kepada BERZINA...Dengarlah sampai habis baru paham...


Monday, February 07, 2011

Renungan | Cinta Dan Kasih Sayang |



Saya - Awak, Awak sayang IBUBAPA awak tak ?
Awak - Ye la sayang sangat2.
Saya - Kalau awak sayang kenapa Awak boh gmbr dlm fb yg MENDEDAHKAN AURAT ?
Awak - Eh! Biarlah, bkn salah pun.Syg bkn kat dedah aurat tanda xsayang.
Saya - ia mengaibkan diri awak dan ibubapa awk & BERDOSA... "Bukankah mengaibkan itu tanda awak tak sayang pada ibubapa ?

JAGA HUKUM ADALAH TANDA KITA SYG IBUBAPA KITA.

_______________________________________________________________________

RENUNGAN DIRIKU :
JANGAN kita kedekut nk sampaikan ilmu yg kononnya BANGGA DULU blajar sampai luar negara.
CTH: "xkan mudah2 AKU nk bg ILMU kat org, BYK CANTIK p blajar sndr la".

Maka rugilah org itu krn ilmu bkn HAK MILIK MANUSIA, ia hanya pinjaman yg diberi Allah... ingat!!! KLU JATUH BILIK AIR PN, BOLEH AKIBATKAN HILANG INGATAN... XPE...RLULAH BERBANGGA DAN KEDEKUT.

______________________________________________________________________

SEMUA org mahu diri disygi, tp ingtlah cinta dan sayang akan hadir jika pandai mengemudi diri dgn " APA YG KAU BERI KAU AKAN MENERIMA ".

-Bertuturlah dengan BAHASA yg baik2 walau dimana "JGN SUKA MENCARUT2"
-Berpakaianlah dengan menutup AURAT walau dimana "TERMSK DLM LAMAN SOSIAL"

JIKA MAMPU LAHIRKAN ZAHIR BATIN SUCI PASTI KESUCIAN AKAN KEMBALI PADA KITA.

______________________________________________________________________

Orang yg menyintai kita ialah org yg menerima kita SEADANYA.

*Klu dirinya ckp syg, tp byk komen kekurangan kita "itu xkena ini xkena" org itu namanya MEMILIH.

*jika org itu pilih pd kecantikkan dan harta itu bkn dipanggil MEMILIH, namanya memandang KEDUNIAAN.
...
Dua ciri ni BUKAN MENYINTAI kita, MUNGKIN ADA RAHSIA DISBLK PERTEMUAN "hati2"...CARILAH YG MENYINTAI SEADANYA..

_______________________________________________________________________

Orang yg berjaya ialah org yg sabar hadapi ujian dan blajar dari ujian itu... Setiap UJIAN ada jwpn POSITIF bukan NEGATIF dan ia adalah untuk kebaikkan hari esok2nya...

_______________________________________________________________________

SELALU ORG MEMINTA DIMAAFKAN BILA DIRI RASA BERSALAH, TP SETELAH DIRI DIMAAFKAN TERLUPA PULA PD KESILAPAN YG SERING DIULANGI DAN MASIH TERUS DGN PERBUATAN LAMA..RUGILAH KRN KEMUNGKINAN KEMAAFKAN UNTUK KALI KEDUA XKN SAMA KEIKHLASAN MAAF YG PERTAMA..HARGAILAH DAN JGN ULANGI.

_______________________________________________________________________

Apabila sudah berjaya, SELALU ORG RASA DUNIA ANA YG PUNYA. Bila jumpa kwn2 yg tak berjaya, perkataan yg sering didengar "TU LAH HG, LEN KALI BLAJAR MCM AKU NI, TENGOK AKU SEKARANG DAH BERJAYA!".

P/S: Jgn sesekali ckp begitu "BERDOSA".INGAT SEMUANYA DARI ALLAH BKN DR KAMU @ USAHA KAMU. BILA2 MASA ALLAH BLEH AMIK BLK. JGN RIAK, BRSYUKURLAH & ADA HIKMAH PD YG XBERJAYA BERKEMUNGKINAN USAHANYA LEBIH DARI KAMU YG BERJAYA.

_______________________________________________________________________

DUIT boleh beli UBAT, Tapi DUIT tak boleh beli KESIHATAN,
Duit boleh beli KEMEWAHAN, Tapi DUIT tak boleh beli KEBAHGIAAN.

_______________________________________________________________________

Kalau AKU dpt Isteri SOLEHAH mesti bahagia kan ?
Ya! InsyaAllah tp HG mestilah SOLEH dulu :)

TIDAK AKAN MILIKI KASIH SAYANG KLU DIRI TAK PENYAYANG,
KASIH SAYANG BERMULA PADA DIRI SENDIRI BUKAN PADA PEMBERI | KEKASIH |
Jom! mulakan dengan diri kita... INSYAALLAH

______________________________________________________________________

Kenapa hg sayang kat dia?
Aku sayang dia sbb dia pandai jaga hati aku, pandai pikat aku dan pandai tenangkan jiwaku.

NAMPAK TAK CINTA KASIH SAYANG ITU DIHATI BKN DIWAJAH @ DIHARTA ? Padahal semua sama je maksud ayat diatas " MEMIKAT HATI" hehe!

Sama2lah kita cuba sedaya upaya PELIHARA BAHASA DLM PERCAKAPAN UNTUK TERUS DEKAT DIHATI "DISAYANGI"... InsyaAllah....

______________________________________________________________________

Bagaimana nk miliki CINTA ?
1. Cintalah pd pencipta "ALLAH"
* MEMPELAJARI ILMU AGAMA DAN PATUH.
2. Dlm masa yg sama Cintalah pd yg MENYINTAI "Ibubapa dan ahli keluarga"
* Berilah kasih syg dgn penuh keberkatan.
3. Barulah Cinta pd yg DICINTAI "kekasih"
* pasti kehadiran CINTA itu akan terasa disinari KASIH SAYANG sebenar.

| Belum cuba belum tau, cubalah... |

Kembali ke Halaman Utama