1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Tuesday, December 28, 2010

Cara Berkawan Dan Bertunang Sebelum Kahwin


Apakah yang dimaksudkan nak kahwin baru boleh berkawan dengan perempuan ?
Bolehkah berkawan dengan perempuan bukan mahram ?
Apakah hukum berkahwin dengan perempuan yang tak pernah dilihat ?
Apakah hukum cincin pertunangan ?
Apakah hukum maskahwin ?
Bolehkah dalam bertunang bawa keluar berjalan - jalan, Apakah hukumnya ?

Jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus...

Friday, December 17, 2010

Kisah pengalaman CINTA seorang Ustaz

Cinta ? Semua orang NORMAL ingin dicintai dan menyintai... Tapi berapa ramai yg melahirkan pengalaman cinta pertama dengan baik ? Ramai yang tewas kerana tanpa ILMU CINTA DAN KEBERKATAN dalam mengharungi cinta... Belajarlah dari pengalaman BERILMU "tak kira dari pengalaman sendiri @ orang" semoga lahir cinta itu dengan keberkatan dan bahagia selamanya...

JOMM! DENGAR PENGALAMAN USTAZ JAMNUL AZHAR

Thursday, December 09, 2010

CINTA | Engkau Memberi Aku Merasa |


Jika Kau pandai MEMBERI DAN MEMAHAMI, kau mesti tahu...

*Kekuatan CINTA DAN KASIH SAYANG bukan terletak pada KECANTIKKAN, KEKAYAAN, KESERASIAN, WAJAH SEIRAS DLL tapi ianya terletak pada KEBERKATAN dalam mengharungi perjalanan suka duka bersama...

*Cinta sejati hadir bermula dengan KATA2 bukan RUPA. Cinta ikhlas lahir dari pandangan hati, bukan pandangan mata. Bila kata2 itu memukau hati, rupa dah tak jadi KEUTAMAAN dalam membina kebahgiaan. "sebab itulah cinta tak kenal siapa, Akibat panahan ayat POWER".

"INI ADALAH REALITI KEHIDUPAN, BAYI BARU LAHIR TAK DAPAT MELIHAT APA DISEKELILINGNYA LAGI. IA HANYA DAPAT MENDENGAR, KASIHNYA PADA IBUBAPA BERMULA DARI SUARA YANG DIDENGARNYA BUKAN DARI PANDANGANNYA SEBAB ITU WALAU BAPA MUKA BENGIS PUN BAYI TAK NANGIS" DAN TAKUT MELIHATNYA..."

Oleh itu,

JIKA NAK MEMIKAT KEKASIH DAN MENGHARAP IANYA BERKEKALAN, PELIHARALAH KATA2 YANG BOLEH MENAMBAT HATI SELAMA - LAMANYA, SEMOGA DENGAN USAHA ITU IA JADI AMALAN DIRI DAN BOLEH PELIHARA SEMUA INSAN DISEKELILING.

Kebanyakkan orang sekarang pelihara kebahgiaan rumahtangga dengan MEMELIHARA Wajah lebih dari memelihara HATI kan ??? INGAT, KASIH SAYANG TERLETAK DIHATI BUKAN DIWAJAH... Peliharalah HATI melebihi pelihara WAJAH.


InsyaAllah pasti MENERIMA KEBAHGIAAN YANG DIIMPIKAN...

_________________________________________________________________________

PERSOALAN:

Tapi kebanyakan orang sekarang memandang paras rupa bukan hati ?

saya menjawab berdasarkan "KIASAN" MEKARNYA BUNGA :

kalau ingin miliki CINTA kenalah memberi dulu baru dapat merasa cinta itu... KALAU DAH MEMBERI TAPI TAK DAPAT JUGA MERASA BERERTI SALAH MEMBERI..BERILAH PADA YANG TAHU MENILAINYA...

| "TAPI INGAT JANGAN TERLALU MEMBERI PADA SIPENCINTA DISAAT BERCINTA SEBELUM KAHWIN, MEMBERI SEKADAR INGIN MENDEKATI DAN MEMUDAHKAN JALAN MENERUSKAN PERJUANGAN HDP BERSAMA KELAK DGN KEBERKATAN". |

Contoh:
MEMBERI DAN MERASA
---------------------------
Kita mahu sebuah pokok itu cantik dan mekar berbunga...
KITA KENALAH MEMBERI penjagaan yang cukup "Mestilah BERILMU", pasti kita dapat merasa KECANTIKKANNYA...

SALAH MEMBERI
-------------------
Kita mahu sebuah pokok itu cantik dan mekar berbunga...
KITA MAIN BEDAL SAJA MEMBAJA, SIRAM, RACUN DLL "TANPA ILMU", mesti takkan dapat melihat KECANTIKKANNYA....

*** Begitulah juga CINTA, ENGKAU MEMBERI AKU MERASA :)

BERILAH PADA YANG TAHU MENILAINYA
----------------------------------------------
Kita mahu sebuah pokok itu cantik dan mekar berbunga...
JIKA INGINKAN KECANTIKKAN BUNGA ITU MEKAR, TANAMLAH BUNGA YANG KITA YAKIN DAPAT MELIHAT IA MEKAR BERBUNGA DENGAN ILMU YANG ADA, JANGAN KITA TANAM BUNGA YANG KITA RASA SENDIRI RASA SUSAH UNTUK IA MEKAR BERBUNGA KERANA BERKEMUNGKINAN TAKKAN MEKAR DAN KEMUNGKINAN AKAN MEMBUATKAN KITA KECEWA SAHAJA...

***SAMALAH DENGAN CINTA, jangan kejar yang terlalu sukar DICAPAI....

P/S:
Pilihlah pasangan yang sekufu jangan pilih yang jauh berbeza dari kita ... "SAMA CANTIK SAMA PADAN. Perlu diambil kira dalam banyak pekara bukan bererti pada wajah sahaja".

CARILAH KEBERKATAN UNTUK KEKUATAN PERCINTAAN... KECANTIKKAN DAN KEKAYAAN ITU TAK SALAH, YANG MENJADI SALAHNYA APABILA KECANTIKKAN DAN KEKAYAAN ITU TANPA IMAN DAN AMAL.

Thursday, December 02, 2010

Carilah Buku ini | Satu Rasa Dua Hati |



Perkahwinan… ia boleh menjadi kebun percintaan,
boleh juga menjadi pusara percintaan!

SATU RASA DUA HATI merupakan sebuah buku yang menarik dan patut dimiliki oleh setiap insan yang sudah berkahwin. Malahan yang sedang membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga pun digalakkan untuk mengambil isi buku ini sebagai panduan dalam melayari bahtera perkahwinan kelak.

Gagasan fikiran, landasan hati dan jalur emosi penulis yang disampaikan dalam bentuk penceritaan, dialog dan monolog ternyata memberikan satu kefahaman yang amat mudah dan mendalam untuk difahami oleh pembaca bagi menghayatinya.

Berdasarkan pandangan saya, buku ini terbahagi kepada tiga fasa perhubungan yakni sebelum berkahwin, sudah berkahwin dan akhir perkahwinan (usia emas).

Sekarang, ramai lelaki dan kaum wanita berebut-rebut untuk mendapatkan pasangan yang soleh/solehah. Walaupun diri terasa jahat atau tidak sempurna, ia tetap juga berkeinginan untuk mendapatkan pasangan yang patuh kepada agama. Tetapi bagaimana?

Maka, dalam mendapatkan pasangan hidup yang soleh/solehah, seseorang itu haruslah memperbaiki diri terlebih dahulu. Jadi kan diri sendiri seorang yang patuh kepada Allah swt dengan meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada-Nya. Maka, kesudahannya peluang untuk pasangan yang diidamkan menjadi kenyataan dengan niat ikhlas kerana Allah swt.

Seterusnya dalam buku ini, ia juga menerapkan persoalan-persoalan yang biasa berlaku dalam alam rumah tangga dengan penyampaian jawapan secara berhemah dan santai melalui dialog perbualan dan monolog dalaman penulis. Sesekali diselitkan dengan ilustrasi berkenaan dengan pokok persoalan yang dikemukakan.

Misalnya, dalam persoalan penceraian yang semakin berlarutan dalam kehidupan masyarakat kini. Mengapa perkara ini berlaku? Maka, penulis telah memberikan sedikit pendedahan yang cukup mengesankan berdasarkan realiti dalam sesebuah kehidupan pasangan berkahwin yang mungkin terabai dan tidak dipedulikan tanpa sedar. Contohnya dalam bab “Imarahkan Masjid Di Rumah Kita” dan “Jual Mahal pada Suami”.

Sesungguhnya, saya rasa bertuah untuk memiliki buku ini kerana ia bakal menjadi peringatan kepada diri untuk mencipta kebahagiaan dalam rumah tangga serta menyemarakkan lagi cinta saya bersama isteri dan bakal anak-anak.

Tajuk buku : Satu Rasa Dua Hati
Penulis : Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Wednesday, November 17, 2010

Hukum Minyak Wangi Beralkohol

Persoalan:
Saya keliru tentang hukum memakai minyak wangi beralkohol didalam sembahyang. Setengah pendapat berkata alkohol itu najis jadi tidak sah sembahyang kita. Tolong jelaskan..

Jawapan:
Alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi boleh dipakai dan dibawa sembahyang..
Sumber dari: Soal Jawab JAIS

________________________________________________________________

Apakah hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat ?
JAWAPAN UZAR: ( HUKUM PERFUME BERALKOHOL)

Jawapan seperti berikut :-

1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :


"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.

Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.

Sumber dari : UZAR "Ustaz Zaharuddin"

Kemaskini dan Ulang kembali |6/24/09 Tarikh Asal |

Wednesday, November 10, 2010

Perbezaan Antara Percaya Dengan Yakin

Suatu hari, di suatu tempat yang jauh dari negara kita ini, berlangsunglah satu pertunjukan kemahiran. Tetapi pertunjukan ini amat luar biasa dan menakjubkan sekali. Seorang penembak akan menunjukkan kemahirannya menembak sebiji epal di atas kepala sebuah patung. Selepas membedek beberapa ketika, dia menarik picu pistolnya dan tembakannya tepat mengenai epal tersebut.

Kemudian dia bertanya, “Apakah tuan-tuan percaya saya seorang penembak yang cekap?”

Semua orang menjawab, “Ya, kami percaya.”

Kemudian dia menutup matanya dengan kain hitam. Untuk memastikan dia benar-benar tidak boleh melihat, kapas di letakkan di atas kelopak matanya terlebih dahulu sebelum di ikat dengan kain hitam tersebut. Seperti tadi, sebiji epal diletakkan di atas kepala sebuah patung. Kemudian dia membedek lalu menarik picu pistolnya. Tepat mengenai sasarannya!

Semua yang hadir bertepuk tangan dan memuji-muji kehebatan penembak ini. Dalam pada itu si penembak tadi pun bertanya, “Apakah tuan-tuan percaya saya seorang penembak yang cekap?”

Semua orang menjawab, “Ya, kami percaya.” Sudah ada yang melontarkan duit ke dalam topi yang memang telah disediakan.

“Baik, sekarang tuan-tuan semakin percaya dengan kebolehan saya, mahukah tuan-tuan jika saya tunjukkan lagi kehebatan saya untuk menambah kepercayaan tuan-tuan?”

Semua orang menjawab, “Mahu!”

“Jika begitu, saya akan meletakkan sebiji epal di atas kepala tuan-tuan. Saya akan menembak epal berkenaan tanpa mencederakan tuan-tuan. Saya jamin tuan-tuan tidak akan cedera. Siapakah yang sudi membantu saya menjayakan pertunjukan ini?”

Senyap. Tiada sesiapa menjawab.

“Tuan-tuan telah melihat kepakaran saya. Saya telah membuktikan kepada tuan-tuan saya boleh menembak dengan tepat walaupun dengan mata yang tertutup. Tuan-tuan juga telah mengatakan tuan-tuan percaya dengan kehebatan saya. Ada sesiapa yang sudi?” tanya penembak itu lagi.

Para penonton tersengih-sengih, tiada seorang pun yang berani tampil ke depan. Akhirnya pertunjukan itu dibatalkan dan tidak pernah sampai ke penyudah.

Mengapakah tiada seorang pun yang berani tampil ke hadapan, padahal mereka telah melihat sendiri kehebatan penembak berkenaan melakukan kerjanya? Jawapannya mereka percaya tetapi tidak yakin.

Kesimpulanya
kita percaya bahawa Allah itu wujud,kita percaya bahawa wujudnya syurga dan neraka, tetapi sejauh manakah kita yakin akan semua ini. Allah S.W.T dah beri akal yg sempurna untuk memikirkan hukum hakam Allah. Tetapi masih ramai lagi manusia sering abaikan solat... mengumpat... maksiat... tapi pada masa yang sama mengaku percaya ALLAH MAHA MELIHAT. Mungkin mereka hanya percaya tetapi tidak yakin ataupun masih tak sampai kepada tahap yg mampu dizahirkan dalam bentuk tindakan. Sebenarnya untuk sampai ke tahap yakin ini seseorang itu haruslah memerlukan iman dan taqwa yang tinggi kepada Allah SWT.

Wallahu'Alam...
Kemaskini dan Ulang kembali |6/25/10 Tarikh Asal |

Kembali ke Halaman Utama