Era generasi sekarang semuanya berubah. Dulu masa kita kecil, ayah bawa pi kedai gunting rambut, tak pernah bersuara untuk buat fesyen tapi la ni dengan teknologi dan pendedahan fesyen barat terlalu kuat, adik² sekolah rendah ni pun dah pandai berfesyen² baik dari rambut mahupun pakaian.
Selama Saya menceburi bidang fesyen rambut ni, berbagai karenah pelanggan Saya jumpa. contoh adik² besar ni. "tp bukan diorang, diorang budak baik dan sayang ibubapa". Ada diantara adik² yang datang tak mahu ikut cakap ibubapa sehingga melenting ibubapa pun ada, punya nak berfesyen rambut. Ada yang datang sendiri plak, bila tanya takpa ka buat fesyen Mohawk cacak² ala bekam ( Beckham made in malaysia) ni? cikgu marah baru tau. Diorang jawab, ala abang tak pa, habis² kuat cikgu bagi botak je. Tu dia nak habaq pi. Budak² la, lebih mementingkan fesyen dr disiplin & peraturan...
0 Komen disini:
Post a Comment