1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Tuesday, June 30, 2009

Berhenti Berfikir | Matilah Kehidupan Mu |

Setiap insan NORMAL dibumi diberi akal untuk berfikir. Tapi berapa ramaikah yang mengambil kesempatan bersyukur menikmati akal yang diberi? Sedar tak diri kita dan kehidupan sekeliling kita makin membangun dengan umur dan kecanggihan? Diri kita adakah membangun bersama membangunnya usia diri kita?

JANGANLAH BERHENTI BERFIKIR, JIKA KITA MATI BERFIKIR PASTI AKAN MATI...

Ramai yang kata, apa hang cakap belit² ni. Sebenarnya maksud ayat ni terlalu jauh. Dengan Ayat inilah saya menjadi diri saya. Maksud ayat:

Orang yang mati berfikir dan mati kehidupannya adalah orang yang tak mahu berfikir untuk memajukan diri sehingga tiada kesempurnaan kehidupan atau tak ada peningkatan dalam hidupnya kearah kesempurnaan.

Contoh kita betanya pada seorang sahabat tentang kerjanya. Dia menjawab. " Aku keja gaji sebulan rm500, jadilah bersyukurlah, orang lain lagi teruk." 3tahun kemudian kita tanya lagi, dia jawab sama juga dan kehidupannya tak berubah pun.

Nampak tak disitu dia mati? Sedangkan Allah beri Akal untuk berfikir dan dia boleh memajukan diri lagi... Ya! memang boleh hidup dengan rm500 dan boleh bersyukur tapi tak boleh ka berfikir memajukan lagi diri? Patut ka bersyukur rezeki hanya disitu sedangkan boleh usaha lagi?

Sedar tak, kalau kita renung komputer. Adakah ia berhenti dengan teknologi? bukankah ia makin canggih? sedar tak software komputer, adakah ia makin menyusahkan kita untuk menggunakannya? diri kita macammana pula? adakah kita makin berusaha untuk memudahkan jalan hidup kita? Antivirus? cuba renung, dengan kecanggihan zaman iT, virus dalam seminit macam² wujud. Begitu juga kita, Dengan kecanggihan hidup zaman moden, orang kita macam mat saleh pun ada. Dimana antivirus kita untuk menghalang supaya hidup kita tak rosak? Bukankah iman?

JANGANLAH BERHENTI BERFIKIR UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH SEMPURNA DAN DIBERKHATI SERTA SELAMAT DUNIA AKHIRAT...

SinarMawaddah Home

Permata | Untuk Isteri |

Saya suka dengan lagu ni, Nadanya tenang dan sejuk hati mendengarnya. Seolah kehidupan yang diimpikan setenang sedamai khayalan alunan nada ini. Kalaulah mampu, Diri ni mahu khayalan jadi kenyataan, sedamai impian. Kehidupan yang sederhana dan Berjuang mencari Erti Kehidupan...

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia ( Impian setiap insan Solleh)
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku



Sekadar Mendengar, Belilah Album Ory

SinarMawaddah Home

Sunday, June 28, 2009

Cinta | Berkasih | dan Cita - cita

Assalammualaikum,

Bagi sahabat² yang mana dulu Cinta @ cita² ? Ramai yang tersalah mula dan akhirnya menyesal. Ya! pengalaman mengajar kita erti kehidupan dan mendewasakan kita. Tapi bukankah pengalaman juga kadang² membuatkan kita buang masa dan kemungkinan mengubah kehidupan sekiranya kita tersalah atur.

Disini saya nak berkongsi sedikit Cinta dan cita². Zaman remaja adalah zaman paling best dan disitu keinginan seribu satu keinginan nak dicapai. 1st yg ingin tercapai pastinya cintakan? berbanding cita² dari kebanyakkan remaja. Walaupun dalam ia mengejar cita², cinta pasti 1st dihati.

Fahamkah Cinta dalam bercinta? Cinta memerlukan perhatian, pengorbanan, ambil berat, jaga hati, dll. Dalam masa yang sama juga pekara lain mungkin dilupakan demi menjaga hasrat cinta, sebaliknya, hakikat pada tika dan saat itu, cinta tak perlu lagi untuk diri tu. betul tak? Tahukah cinta sebenarnya, sejuta satu dugaan lebih dari seribu satu impian dan angan² ketika remaja?

Kenapa saya berkata begini? Lihatlah, Telah ramai yang merealitikan cinta begitu besar dugaan, sehingga terkorban cita² dan kehidupan sebenar diri. Cinta dugaannya berkait rapat dengan NAFSU dan HATI. Kalau nak cerita panjang berjela la jawabnya tentang cinta ni. Pakat² lah kita cari erti kehidupan dan cinta sebenar " cinta dulu @ cita² dulu "... Lebih baik ikut cara islam...

ok,
Setiap orang ada target untuk membina mahligai berkeluargakan? Dari target itu, pada usia berapakah ingin berkahwin? 25thn?
Kalau 25thn perlukah cinta bermula pada usia 20thn?
Terlalu lama tu masa untuk bercinta, mau billion dugaan kan ? Sekiranya kita dah nampak Cinta berkasih ini ramai telah merealitikan masalah "sejuta satu dugaan". Kenapa memberanikan diri yang tak mampu menangani tu mengharunginya? Lebih baik sempurnakan apa yang kurang dulu. Betul tak?

Bagi saya, Lebih baik jangan lagi menghampiri cinta berkasih kerana selalunya manusia tak mampu melawan dengan dugaan. Banyak tu dugaan cinta " sejuta satu dugaan". Pendek kata ia Risiko. Kejarlah Cita² dan bentuk kehidupan diri dulu. Barulah Tersemai Sinar Kasih sayang ( Mawaddah) yang sejati dan kekal abadi... InsyaAllah...

wallahu'alam

SinarMawaddah Home

Saturday, June 20, 2009

Mp3 Ceramah Ustaz shamsuri Haji Ahmad



Mp3 Ceramah Ustaz Shamsuri Haji Ahmad


Download Link Di bawah " dari Akaun 4hared "

Ustaz Azhar Terengganu
Sembahyang dan Aurat


Ustaz Shamsuri

Aurat (New) *****
15 Azab Riba *****
3 Tocang
Anak Perempuan *****
Apa Salahku
Baik Diam Dari Berkata-Kata
Bapa Mertuaku
Bencana Sihir 1 *****
Bencana Sihir 2 *****
Bunuh
Cinta Sejati
Cowboy
Dajjal Batu Bercakap *****
Dajjal Sudah Wujud
Duit-Duit 1 Kaya Senang
Dulu OK Sekarang KO
Ganti Nyawa
Golongan Orang Soleh

Gulai Ketam (Adat Tetamu)
Hamba Dunia
Harta Derita
Hati Batu

Hukum Arak *****
Kesempatan Dalam Kesempitan
Mandi Jenazah
Mandi Wajib *****
Melampau Dalam Beramal
Mati *****
Mengeraskan Siksa Bohong
Nak Kahwin Lagi
Nur Hidayah
Penggoda Wanita
Perihal Pinjam Dan Hutang
Peristiwa Akhir Zaman*****
Sakit
Suami Baik Isteri Baik *****
Suamiku Sayang
Sungai Furat
Talak
Terlalu Rindu Haji Dan Umrah
Tiada Rahsia Pengalaman Yang Pasti Dilalui
Titi Siratul Mustaqim

Selanjutnya mp3 Terbaru Ustaz Shamsuri


SinarMawaddah Home

Friday, June 19, 2009

Cari Jodoh? | Jawapan Yang Tak Terucap |


Kehidupan tak pernah tak timbul persoalan dari mulut² manusia tentang jodoh dan rezeki. Bagi yang tak kawin lagi, sampai nak botak kepala bila kerap sangat diajukan soalan bila nak menikah, bila nak kawin, bila bleh makan nasi minyak, sapa kekasih♥ hati, tunggu pa lama² dll lagi soalan demi soalan. Selepas berkahwin pun macam tu juga.. Ramai yang terlalu ambil berat yang kadang² memberatkan kepala si sifulan sahaja...

Sapa tak mahu kehidupan berumahtangga @ keluarga bahagia. Tanyalah, Semua insan yang normal pasti impikan kebahagiaan. Tapi nak buat macammana, segalanya dah diusaha tapi dah tertulis kehidupan rezeki jodoh lambat, nangis pun dia lambat juga... Mungkin ada hikmah disebalik sesuatu terjadi. Positifkanlah dalam sesuatu hal, jangan membebankan diri @ membebankan sesiapa dengan persoalan yang tiada jawapan. Semuanya bukan milik kita... Usaha tetap usaha, tapi berserahlah. Pasti ada Sinar♥ menanti dihadapan kelak... Bersabarlah. Inilah kehidupan, Kalau semuanya sempurna, bukan kehidupanlah namanya. Sesuatu terjadi untuk menyempurnakan kehidupan. Ada pasang surut dan suka duka seperti yang saya lampirkan dalam SinarMawaddah Kehidupan Berpasangan.

Eh! cerita pasal Cari jodoh ni, saya teringat lagu ni. Masa saya dapat dengar lagu ni pun, kepala tengah tension dengan persoalan seperti diatas kepada saya hehehe! saya search apa ntah berkenaan jodoh, ingat dapat jodoh tapi dapat lagu cari jodoh saja da hehehe! tapi best la lagu ni. Suka betul saya dengar lagu ni.. Siap ulang banyak kali lagi. Video klip dia pun Best. Lucu.

Inilah Nasib Si Bujang ♥ Doakanlah moga cepat dapat jodoh :p
Lagu Wali Band - Cari Jodoh (beli yg ory)

dimanakah jodoh aku?, Siapa yang masih bujang solo mencari kekasih ?
mencari calon isteri solehah, suami. ejen cari jodoh.
macam mana nak cari jodoh?

Biodata | iblis Laknatullah |

Biodata

Tahukan anda biodata IBLIS? :

Nama: Iblis laknatullah

Tempat lahir: bermula dari keenganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status: Fasik kelas pertama

Agama: Kufur

Tempat tinggal di dunia: Di dalam hati mereka yang lalai

Tempat tinggal di akhirat: Neraka jahanam

Kawasan legarnya: setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah.

Arah perjalanannya: tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri di dunia: setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya.

Kaum kerabat: semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah.

Modal pusingan: angan-angan kosong

Tempat pertemuan: Pasar dan pusat membeli belah.

Musuh ketat: Orang islam yang beriman dan bertaqwa

Kegemaran: melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan.

Matlamat: supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk Ke neraka jahanam.

Kelemahan: Bila orang membaca istighfar

Lambang: sebarang tatu

Pejabat operasi: tandas, bilik air, tempat bernajis serta tempat maksiat.

Rakan kongsi: golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber: segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba

Makanan kegemaran: daging orang mati, segala najis dan kotoran.

Yang ditakuti : orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Tempoh perkhidmatan : sehingga hari kiamat

...dgn itu sama² lah kita menjadi org yg bertakwa dan berdoa kpd Allah SWT moga dijauhkan dari iblis laknatullah....insyaAllah...

SinarMawaddah Home

Kembali ke Halaman Utama