1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Thursday, October 01, 2009

Kekaguman Ciptaan | Sementara Dan Kekal |

Tertarik saya dengan kiriman email gambar² Pen Drive yang menarik² dan comel² ini. Saya nak berkongsi sedikit ilmu disini setelah saya lihat gambar² menarik ciptaan manusia ini saya teringat ceramah seorang Ustaz " Tak ingat siapa" berkata lebih kurang gini " La ni kalau sesuatu ciptaan manusia tu canggih dan menarik, manusia yang melihat rasa kajum tak terkira dah, sampai ada yang bergambar dan bawa² cerita sampai ke merata cerok. Tapi depa lupa ciptaan manusia ni walau canggih mana pun sat ja orang pandang, bila mai benda baru @ lebih canggih, takdak pa dah la tak pandang dah dengan benda yang kata canggih dulu. Cuba renung² balik Ciptaan Allah dari dulu sampai la ni ada kita jemu? ada kita bangga? ada kita rasa bertapa agungnya dan hebatnya Allah? dll". Lebih kurang macam tulah katanya...
































Renung pula Sejenak gambar² Keagungan ciptaan Allah SWT dibawah ni.

Bintang
Berjuta-juta bintang yang terdapat di angkasa menggambarkan keagungan Allah S.W.T. yang menciptanya. Sejak zaman berzaman, hanya sebahagian kecil sahaja ilmu mengenai bintang yang berjaya diterokai oleh manusia. Hakikat bahawa cahaya yang di hasilkan oleh sebahagian besar bintang masih belum sampai lagi ke permukaan bumi hingga ke hari ini menggambarkan keluasan alam ciptaan tuhan dan betapa kerdilnya manusia ini dibandingkan dengan penciptanya .

Matahari
Yang jaraknya lebih kurang 150 juta kilometer daripada bumi, iaitu lebih kurang 8.5 minit cahaya, suatu jarak yang dekat berbanding dengan jarak bintang yang terdekat sekali, yang berada pada jarak lebih daripada 4 tahun cahaya. Sebuah kapal terbang jet yang terbang dengan laju tertinggi dapat mengelilingi bumi dalam masa satu setangah hari sahaja akan mengambil masa lebih daripada 16 tahun untuk sampai ke matahari.
Sumber : SMKASM


Sama²lah kita renung
Dan Banyak lagi perlu kita renung bukan hanya pada angota badan kita...
Sama² Kita Cari jawapan...

2 Komen disini:

Pei Pan said...

Berikan seluruh cintamu pada alam kerana itulah jalan sebenar memahami keindahan ~ Vincent van Gogh

Azriey SinarMawaddah said...

1 pandangan yang bernas, dan perlu kita mensyukuri nikmat yang diberi. "bukan hanya keindahan tp kesyukuran seluruhnya" tangan kaki mata hidung telinga dll.(hilang tiada ganti). moga kita memahami erti kehidupan alam ini.

Kembali ke Halaman Utama