1 Tenaga yang paling kuat di dunia yang 1 ini adalah kasih sayang. Tanpa kasih sayang kita tak akan ber 1. Hormati dan sayangilah kerana Allah yang 1. Kita, 1 Agama, 1 Al-Quran, 1 Kiblat, 1 hari Merdeka, 1 hari raya, 1 Negara dan 1 Dunia. Jangan kerana 1 sebab kita bermusuh antara 1 sama lain. Kekuatkan ikatan 1 ini semoga tercapai 1 matlamat iaitu Sinar Kasih Sayang 1 Dunia...
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pernah saya dengar kata² yang boleh dikongsi bersama
|Ilmu bukan pada orang dewasa @ orang yang belajar tinggi sahaja, jadi janganlah kita tunjuk ego seolah kita mengetahui segalanya. Walaupun sesuatu teguran positif @ ilmu datang dari seorang budak kecil. Terimalah|

Terima Kasih Pada Yang Sudi Ziarah Disini, Pandangan Sahabat² mungkin lebih baik dari saya. Sama²lah kita berkongsi ilmu untuk hari ini dan masa depan kita dan semua... Sampaikan Komen Pendapat sahabat...Mudah²an kita dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik.Terima Kasih...
Perjalanan Kisah Kasih Azriey... http://www.facebook.com/sinarmawaddah

Tuesday, October 06, 2009

Kenapa Rambut Gugur @ Botak ?

Sekadar pandangan saya dan anda boleh bagi pendapat yang lebih bernas.

Ramai orang dizaman sekarang pada usia awal 20'an sudah keguguran rambut dan sekali pandang tak padan dengan usia malah ada yang tak percaya bila melihat kepala rambut jarang berdahi dongga usia masih muda. Kenapa semua ini berlaku? Jawapan yang sering saya dengar adalah KETURUNAN. Benarkah jawapan itu? Sebelum menyalahkan keturunan, pada usia berapakah bapa keguguran Rambut? Jika si bapa usia 40tahun baru gugur anda 20'an dah gugur, salah keturunan ke tu ? @ daya ketahanan antibody rambut bapa dah kurang ?

Secara ilmu akal @ logik akal saya cerita disini. Jika kita nak kesihatan badan kita berlanjutan sihat dan susah untuk dapat sakit kita mestilah menjaga pemakanan yang sihat dan selalu bersenamkan? Tapi kenapa tak lakukan sama pada rambut ? Sebab masalah rambut dianggap bukan penyakit. Betul tak ? Disebabkan bukan penyakit, Ramai yang memberanikan diri pergi ke salon meluruskan rambut mewarna rambut dan yang sewaktu. Tahukah anda, keupayaan daya tahan kulit kepala anda bagi sesetengah orang tidak mampu untuk menahan bahan² kimia dan tahap kepanasan meluruskan rambut juga main peranan dalam keguguran rambut pada jangka masa panjang. Pekara ini samalah kita tidak menjaga kesihatan badan dan dalam kita tak mengetahui daya tahan badan, kita mencuba melakukan sesuatu melebihi tahap keupayaan badan. Akibatnya RISIKO lah kan?

Jika mahu usia 40tahun kelihatan tampan bergaya, mesti dari usia muda gigih berusaha mengekalkan bentuk badan @ raut wajahkan ? Tapi kenapa rambut selalu dilupakan untuk menjaganya? Untuk kelihatan segak bergaya, minyak rambut mesti nak pakai yang dalam iklan " masih cacak lagi (GEL)" sehingga nak sikat pun susah (terlalu padat "Wax") dan yang tahan lama kan? bukan tak boleh pakai, tapi untuk kekal lama rambut bergaya bukan pada yang dapat kekal bergaya 1 hari sebaliknya kekal ada rambut sampai mati. Apa dia? minyak yang HALAL dan bervitamin. Rambut kita perlu vitamin untuk kekuatan akar rambut... Tak pakai minyak rambut pun kadang² bermasalah juga, berkemungkinan ia akan kekeringan dan rambut tak bermaya. Penjagaan perlulah dari awal, bila dah terlewat susah nak rawat.

Tentang pemakanan juga perlu diambil berat sebab pemakanan juga main peranan penting dalam kesuburan rambut. Kurangkan makan makanan yang mengandungi perasa tiruan @ ajinamoto dan yang sewaktu serta jangan kerap makan di kedai makan. Makan dikedai semestinya sedap sebab dibubuhnya perasa banyak. betul tak? Bila dah perasa banyak, banyaklah masalah berlaku pada kesihatan badan... Jadi jangan komplen masakkan isteri @ ibu sebab diorang sayang rambut anda sebab tu diorang masak tak sedap. hehehe!

P/S: Jika benar ada tempat yang boleh melebatkan rambut, kenapa jutawan masih botak, diorang banyak duit boleh buat sampai habis puluh ribu pun tak pe. Tapi kenapa tak buat ? Ramai kawan saya dah habis beribu cuba sana sini tapi masih gagal melebatkan kembali. Jagalah rambut sebelum ia botak.

4 Komen disini:

nuranuraniku.blogspot.com said...

SALAM SOBAT
memang betul ya,,zaman sekarang orang masih muda kebanyakan sudah beruban atau rambut putih, bahkan botak.
mungkin karena strees atau sering ganti-ganti shampo rambut.

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

tu la pasal... macam pakcik nih... dah beruban... emmm tua dah aku nih rupanye...huhuhu

Faarihin said...

salam.. cepat botak sbab banyak nau pk kot.. (^__^)

Azriey SinarMawaddah said...

salam, trima kasih semua. tentang berfikir banyak dan tension memajang dijadikan alasan punca rambut gugur dan beruban itu kena tanya pada yang pakar.tapi jgn tanya pada pakar masak, kompom dia tak bleh jawab hehehe!

Kembali ke Halaman Utama